Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah
Alhamdulillah kerana Tuhanku masih memberikan aku nafas untuk terus hidup dan terus mengejar rahmat dariNya.
Alhamdulillah kerana Tuhanku memberikan aku pelbagai nikmat yang aku tak mampu aku bayar kembali,
Alhamdulillah kerana aku diberikan nikmat sebagai seorang Islam,
Alhamdulillah kerana Tuhanku memberikan aku peluang untuk sedar perananku sebagai seorang Islam dan semoga aku sentiasa deberikan petunjuk,
Namun apakah syukur itu hanya terletak pada ungkapan 'Alhamdulillah' yang selalu kita ucapkan,
Sesungguhnya syukur itu lebih dalam, lebih besar maknanya daripada sekadar ucapan dibibir, Syukur itu merupakan perasaan dalam hati yang selalunya tergambar pada tindak tanduk pemiliknya.
Sejauh manakah kita menggunakan harta, masa, kesihatan, peluang dan segala nikmat yang tidak tergambar nilainya dengan sebaiknya?
Sejauh manakah kita menggunakan segalanya bagi menzahirkan rasa kesyukuran kita kepada Allah.
Dan sesungguhnya segala nikmat yang telah diberikan itu bukanlah hak kita tetapi hanyalah hak tuhan tempat kita kembali semata-mata.
Moga aku tidak tergolong dalam orang2 yang tidak bersyukur. Sesungguhnya aku sungguh takut dengan Hari itu. Suasana itu. Aku gerun Ya Allah..
Ampunkan dosa-dosa kami ya Allah yang selalu alpa dalam mensyukuri nikmatmu..
No comments:
Post a Comment